ke arah seni halus Melayu ke Singapuraan
juara
bersatu mengukir sekeping kayu yang licin
bersatu melukis di atas kain yang putih
bersatu melihat siapa yang akan memimpin
bersatu mengupas, keadaan seni merintih
kayu jati, intinya lembap, dibuat contoh
diukir serimala corak menambat hati
hai takut pula diejek, tuan berseloroh
mendampingi budi, budaya ibu pertiwi
kain putih diberikan kepada Tuan
dilukis pula serobeh tidak ternilai
seni bertamadun, dari zaman ke zaman
hai Tuan, bilakah kemuncak seni kan sampai.?
yengki
menyatukan seni Melayu, yang kasar, halus, diambil tahu
disemaikan dari dulu, usia kecil, budaya ku
seni halus budaya kita, warga kita Singapura
disatukan, adat berbeza, diberi tema sedemikian rupa
kelantan
seni halus, kupas sikit
seni Melayu ada banyak
mari kita cuba ungkit
jangan sampai termenung capak
dikir barat dan tarian
keroncong, silat dan boria
berkeluarga dan berteman
amalan hidup orang kita
pattani
Senandungkan lagu Asli, Majulah Singapura
untuk menjadi sebuah masyarakat yang fadil,
kesinambungan budi pekerti,
mengekalkan hati untuk meneruskan jalangkah seni Melayu kita.
" Tuan, gerak geri penari itu amatlah cekang:
tersilap langkah, ragam.. bagaikan orang capik Tuan "
Inilah dia, penggiat seni yang tidak berkemampuan untuk melestarikan budaya kita!
Dengan cara kehidupan orang-orang kita pada zaman sekarang,
tidaklah pelik bila melihat orang Melayu bertaki sesama sendiri.
Bagaimanakah seni hendak maju?
seni halus Melayu?
Hai Tuan jauhari.. anak-anakmu perlukan bimbingan empunya.
Tuan, bukannya niat saya untuk berkeletah.
tetapi nadi seni ini, melejang dan ghairah.
marilah kita membangunkan semangat untuk melarutkan diri didalam seni
yok kengkawan, Majulah Singapura!
matang
ke arah ketamadunan budaya
seni Melayu dan Singapura
perwira Singapura, pencegak budaya,
anak yang soleh, rakyat yang berjaya.
kayu bercorak lawa, kain pelbagai warna,
azam kita, disebalik saujana.
penutup
wau bulan,
teraju tiga.
ke arah seni halus Melayu, ke Singapuraan,
Tuan bimbinglah, anak kita, membesarkan sukma
footnote- an unpublished piece. looking back, i still cannot believe that i wrote this. it is so unlike the other pieces that i have written for panjy, pst, kenca and nira.
to my mentor, Farihan Bin Bahron, this piece is what you asked for. but the school that this piece was supposed to be for pulled out of the competition. -kemuning iforgotwhichyear-
something underlies the message i am sending out. oh well. 2006, a new year.
lets make things right.
p.s - i have another post just before this particular one. a mundane ' what have happened all this while kinda post'.
wuahahaha..~
selamat hari raya maaf zahir and batin.
forgive me God, for I have sinned.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home